Asam Pedas Ikan Patin Memang Terangkat

Masakan asam pedas amat-amat sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana tiada kandungan santan di dalamnya.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Asam Pedas Ikan Patin
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 1 ekor ikan patin
• 1 biji bawang putih
• 5 biji bawang merah
• 1cm halia
• 2cm kunyit hidup
• 1cm belacan
• 15 biji cili padi
• 1 batang serai
• 1 sudu besar cili boh
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
• Sedikit air asam jawa
• 1 ikat daun kesum
• 1 biji tomato
• 6 biji bendi
• Garam dan gula secukup rasa
• 4 cawan air
• Minyak masak untuk menumis
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 20 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kisar bahan-bahan tumis iaitu bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, belacan dan cili padi sehingga hancur.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi berserta serai yang telah diketuk, cili boh dan serbuk lada hitam.
4. Tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan air yang secukupnya berserta air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
6. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
7. Masukkan ikan patin, bendi, daun kesum dan tomato.
8. Masak sehingga ikan dan bendi menjadi lembut.
9. Hiaskan dengan sedikit daun kesum.