Pengat Labu Lemak Berkrim, Disukai Ramai

Pengat labu atau sira labu adalah masakan berkuah manis yang menggunakan santan sebagai bahan utama. Pengat labu amat popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Pengat Labu Lemak Berkrim
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 2 cawan air
• ½ biji labu dipotong dadu
• 1 helai daun pandan
• 50g gula melaka
• 100g sagu
• 200g santan kelapa
• 5 sudu besar gula
• 1 sudu kecil garam
• 3 sudu besar air tepung jagung
Masa Penyediaan
• 5 minit
Masa Memasak
• 15 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Panaskan air.
2. Masukkan labu yang telah dipotong dadu dan daun pandan.
3. Rebus sehingga empuk.
4. Masukkan gula melaka, sagu, santan, gula, garam dan air tepung jagung.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga masak.
6. Jadikan daun pandan sebagai hiasan.