Sambal Sotong Kering

Jika anda sukakan masakan yang murah tapi sedap, anda boleh cuba gunakan sotong kering sebagai hidangan utama.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Sambal Sotong Kering
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 100g sotong kering
• 4 cawan air
• 2 ikat daun pandan
• 5 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• ½ biji bawang Holland
• 5 sudu besar cili giling
• 3 sudu besar gula
• 3 sudu kecil garam
• 1 sudu besar serbuk perasa
• 10g gula melaka
• 4 sudu besar air asam jawa
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 10 jam
Masa Memasak
• 45 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Rendam sotong kering dengan air semalaman.
2. Panaskan kuali dan rebus sotong yang telah direndam.
3. Masukkan air dan 1 ikat daun pandan bagi menghilangkan bau busuk sotong kering.
4. Rebus sehingga empuk.
5. Sementara itu, kisar bahan-bahan seperti bawang putih, halia, bawang Holland dan air sehingga halus.
6. Angkat sotong yang telah direbus tadi.
7. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
8. Tumis bahan-bahan kisar, cili giling, 1 ikat daun pandan, gula, garam, serbuk perasa dan gula melaka sehingga naik minyak.
9. Masukkan sotong yang telah direbus dan air asam jawa.
10. Kacau sehingga masak.