Puding Roti Karamel

Ini antara resepi yang saya selalu sediakan untuk anak-anak.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Puding Roti Karamel
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 4 sudu gula
• 5 sudu air
• 4 keping roti dipotong dadu
• 4 biji telur
• 1 ½ cawan susu cair
• ½ cawan susu pekat
• ½ cawan air
• 1 sudu kecil esen vanilla
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 95 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Panaskan loyang dan masukkan gula serta air.
2. Kacau perlahan-lahan selama 10-15 minit sehingga gula dan air mencair sempurna.
3. Pastikan gula betul-betul mencair keperangan.
4. Angkat dan rehatkan selama 5 minit.
5. Kisar telur, roti, susu cair, susu pekat, air, dan esen vanilla sehingga halus.
6. Campurkan bahan-bahan kisar kedalam gula perang tadi.
7. Kukus puding selama 45 minit.
8. Angkat dan sejukkan puding selama 30 minit.