Cucur Sayur-Sayuran Sedap Dan Rangup

Buat masa sekarang, cucur yang paling diminati oleh anak-anak saya adalah semestinya cucur sayur-sayuran. Selain daripada sedap dan rangup, khasiat daripada sayur-sayuran ini amat baik sekali untuk kesihatan.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Cucur Sayur-Sayuran
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 300g tepung gandum
• 50g mentega
• 2 sudu kecil garam
• 30g kubis
• 30g taugeh
• ½ biji bawang besar
• 1 biji lobak merah
• 10g daun kucai
• 3 cawan air sejuk
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 5 minit
Masa Memasak
• 15 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Potong kecil bahan-bahan iaitu kubis, bawang besar, lobak merah dan daun kucai.
2. Masukkan tepung gandum, mentega, kubis, taugeh, bawang besar, lobak merah, daun kucai serta air sejuk dan gaul sehingga sebati.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
4. Gunakan 2 sudu bagi membentuk bahan-bahan gaul tadi menjadi bentuk cucur yang sesuai.
5. Goreng sehingga cucur bertukar ke warna keemasan.