Kerabu Kaki Ayam

Sila potong kuku kaki ayam dan kuku kaki anda dahulu sebelum masak. :)

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Kerabu Kaki Ayam
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 100g kaki ayam
• 4 cawan air
• 3 sudu kecil garam
• ½ biji bawang Holland
• 1 biji tomato
• 4 biji cili padi
• 1 batang serai
• 4 tangkai daun sup
• 2 sudu besar sos ikan
• 1 biji limau nipis
Masa Penyediaan
• 30 minit
Masa Memasak
• 5 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Rebus kaki ayam berserta garam sehingga empuk.
2. Hiris bahan-bahan seperti bawang holland, tomato, cili padi, serai dan daun sup.
3. Angkat kaki ayam yang telah masak.
4. Campurkan bahan-bahan hiris, sos ikan, limau nipis dan garam bersama-sama kaki ayam.
5. Gaul sehingga sebati.