Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, pengiklanan dan review, sila email ke butterlaici@gmail.com atau WhatsApp 013-7903558.
Kari Ikan Patin Yang Sangat Diminati Ramai
Ikan patin sangkar yang rata-rata dipelihara dikawasan sungai Temerloh adalah patin yang sangat berkualiti dari segi rasa dan bau. Tetapi tak semestinya ikan patin yang dipelihara di kolam tidak sedap. Sebaliknya jika kita basuh ikan patin tersebut dengan tepung gandum dan bilas berkali-kali, ianya boleh menghilangkan bau hanyir dan menyedapkan lagi ikan patin. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Kari Ikan Patin Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 2 ekor ikan patin • 50g tepung gandum • 2 inci halia • 6 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 3 biji cili padi merah • 2 tangkai daun kari • 10g herba campur • 1 batang timun • 1 biji tomato • 8 biji bendi • 50g serbuk kari ikan • 100ml santan kelapa • 50ml air asam jawa • 5 sudu kecil garam • 3 sudu kecil gula • 20g serbuk perasa • Minyak masak Masa Penyediaan • 30 minit Masa M...