Karipap Ayam Dan Kentang
Tidak dinafikan karipap adalah antara makanan yang agak rumit untuk disediakan. Kami cuba tunjukkan cara yang paling ringkas untuk anda mencubanya. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Karipap Ayam Dan Kentang Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan Inti • 200g isi ayam dicincang • 6 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 1 bungkus kecil serbuk kari • 2 cawan air • 5 biji kentang dipotong dadu • 2 sudu kecil garam • 2 susu besar gula • 1 sudu besar serbuk perasa • 4 tangkai daun sup Kulit • 500g tepung gandum • 1 sudu besar marjerin • 1 sudu kecil air kapur • ½ sudu kecil garam • Minyak masak Masa Penyediaan • 45 minit Masa Memasak • 45 minit Saiz Hidangan • 6 orang Cara Penyediaan 1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 2. Tumis bawang putih dan bawang besar. 3. Masukkan serbuk kari, isi ayam, kentang, air, garam, ...