Kuih Che Mek

Kuih che mek adalah merupakan kuih manis yang sangat popular di negeri sebelah pantai timur.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Kuih Che Mek
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 400g ubi keledek
• 1 ½ cawan tepung gandum
• 10 sudu besar gula
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 30 minit
Masa Memasak
• 15 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Lenyek ubi keledek sehingga hancur.
2. Campurkan bersama-sama tepung gandum.
3. Uli sehingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan, nipiskan dan campurkan dengan 1 sudu gula.
5. Gentel sehingga menjadi bentuk yang sesuai.
6. Ulangi langkah 4 & 5 sehingga habis adunan.
7. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
8. Goreng sehingga warna kuih bertukar keemasan.