Ikan patin sangkar yang rata-rata dipelihara dikawasan sungai Temerloh adalah patin yang sangat berkualiti dari segi rasa dan bau. Tetapi tak semestinya ikan patin yang dipelihara di kolam tidak sedap. Sebaliknya jika kita basuh ikan patin tersebut dengan tepung gandum dan bilas berkali-kali, ianya boleh menghilangkan bau hanyir dan menyedapkan lagi ikan patin.
Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.
Resepi: Kari Ikan Patin
Oleh: Butterlaici
Bahan-Bahan
• 2 ekor ikan patin
• 50g tepung gandum
• 2 inci halia
• 6 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 3 biji cili padi merah
• 2 tangkai daun kari
• 10g herba campur
• 1 batang timun
• 1 biji tomato
• 8 biji bendi
• 50g serbuk kari ikan
• 100ml santan kelapa
• 50ml air asam jawa
• 5 sudu kecil garam
• 3 sudu kecil gula
• 20g serbuk perasa
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 30 minit
Masa Memasak
• 30 minit
Saiz Hidangan
• 6 orang
Cara Penyediaan
1. Potong ikan kepada 4 bahagian.
2. Campurkan tepung gandum bersama air dan kacau.
3. Rendam ikan kedalam bancuhan tepung gandum selama 30 minit bagi menghilangkan bau hanyir ikan.
4. Hiris halia, bawang putih, bawang besar, timun dan tomato.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
6. Tumis halia, bawang putih, daun kari, herba campur dan bawang besar.
7. Masukkan serbuk kari ikan serta air dan kacau perlahan-lahan.
8. Masak sehingga naik minyak.
9. Masukkan santan, garam, gula, serbuk perasa, timun, bendi, cili padi, tomato serta air asam jawa dan kacau perlahan-lahan.
10. Masukkan ikan patin dan biarkan sehingga ikan masak.

Tags:
lunch