Udang Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas

Masak lemak cili padi memang terkenal bagi masyarakat Melayu di sebelah selatan.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Udang Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 20 ekor udang
• 1 biji bawang besar
• 1 inci kunyit hidup
• 2 ulas bawang putih
• 7 biji cili padi
• 3 cawan santan
• 1 batang serai
• ½ biji nenas dipotong kecil
• 1 sudu besar garam
• 1 sudu besar cukup rasa
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 20 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kisar bawang besar, kunyit hidup, bawang putih dan cili padi sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan masukkan santan serta bahan-bahan kisar, serai dan nenas.
3. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Masukkan garam, serbuk rasa dan udang.
5. Masak selama 5-7 minit.