Onde-Onde Labu

Kebiasaannya, orang akan buat onde-onde pandan. Tetapi pada kali ini saya nak kongsikan resepi onde-onde berasaskan labu.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Onde-Onde Labu
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 200g labu
• 100g tepung gandum
• 100g tepung pulut
• 1 sudu besar air kapur
• ½ cawan air
• 50g gula melaka
• 25g kelapa parut
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 15 minit
Saiz Hidangan
• 2 orang

Cara Penyediaan
1. Rebus labu sehingga lembut.
2. Lenyek labu tersebut sehingga hancur.
3. Masukkan labu ke dalam campuran tepung gandum dan tepung pulut.
4. Masukkan air kosong dan air kapur.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Ambil sedikit adunan dan masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil.
7. Gentel sehingga menjadi bentuk bulat.
8. Masukkan air kedalam kuali dan panaskan.
9. Masak adunan onde-onde tadi.
10. Angkat onde-onde yang telah dimasak.
11. Gaulkan onde-onde tersebut bersama-sama kelapa parut.