Butterlaici merupakan platform masakan yang menghasilkan video-video resepi masakan ringkas, ceria dan mudah untuk difahami.
Karipap Ayam Dan Kentang
Tidak dinafikan karipap adalah antara makanan yang agak rumit untuk disediakan. Kami cuba tunjukkan cara yang paling ringkas untuk anda mencubanya. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Karipap Ayam Dan Kentang Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan Inti • 200g isi ayam dicincang • 6 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 1 bungkus kecil serbuk kari • 2 cawan air • 5 biji kentang dipotong dadu • 2 sudu kecil garam • 2 susu besar gula • 1 sudu besar serbuk perasa • 4 tangkai daun sup Kulit • 500g tepung gandum • 1 sudu besar marjerin • 1 sudu kecil air kapur • ½ sudu kecil garam • Minyak masak Masa Penyediaan • 45 minit Masa Memasak • 45 minit Saiz Hidangan • 6 orang Cara Penyediaan 1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 2. Tumis bawang putih dan bawang besar. 3. Masukkan serbuk kari, isi ayam, kentang, air, garam, ...