Bubur Jagung Dan Pulut

Dah lama tak makan bubur. Kebetulan beras pulut dan jagung ada sikit lagi. Jadi, saya ambil keputusan untuk buat bubur jagung dan pulut.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Bubur Jagung Dan Pulut
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 2 biji jagung
• 2 cawan air
• 1 ½ cawan santan
• ½ cawan beras pulut
• 1 helai daun pandan
• ¾ cawan gula
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 40 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Panaskan kuali dan masukkan jagung dan air.
2. Rebus sehingga empuk selama 20 minit.
3. Masukkan santan, beras pulut, daun pandan dan gula.
4. Masak selama 20 minit sehingga pulut masak.