Orang-orang kampung saya dari Jerteh, Terengganu memanggil kuih ini sebagai kuih cucur. Sesetengah negeri, kuih ini dipanggil dengan nama lain seperti kuih topi atau mungkin juga kuih cucur jawa. Tak kisah lah apa yang orang nak panggil.
Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.
Resepi: Kuih Cucur Manis Dan Lembut
Oleh: Butterlaici
Bahan-Bahan
• 150g tepung gandum
• 200g tepung beras
• 10 sudu besar gula
• 3 cawan air
• 2 sudu kecil garam
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 30 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang
Cara Penyediaan
1. Masukkan kedalam bekas tepung gandum, tepung beras, gula, garam serta air sedikit demi sedikit.
2. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga cair dan sebati.
3. Rehatkan selama 6 jam.
4. Selepas 6 jam, kacau perlahan-lahan sebelum menggoreng.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
6. Tuang perlahan-lahan ke dalam kuali.
7. Goreng sehingga cucur bertukar ke warna keperangan.

Tags:
snacks