Apam Balik Jagung Dan Kacang

Selalunya bila rasa nak makan, kita beli sahaja. Tapi kali ini, apa kata kita buat sendiri sahaja apam balik.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Apam Balik Jagung Dan Kacang
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• ½ cawan gula
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• ½ cawan susu cair
• ½ sudu kecil soda bikarbonat
• ½ sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil perwarna makanan
• 2 cawan tepung gandum
• 1 cawan air
• 1 sudu kacang tanah hancur
• 1 sudu gula
• 2 sudu krimer jagung
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 45 minit
Masa Memasak
• 10 minit / keping
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kacau bahan-bahan seperti gula, telur, esen vanilla, susu cair, soda bikarbonat, baking powder dan perwarna makanan sehingga sebati.
2. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit berserta air dan kacau sehingga halus.
3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Panaskan kuali dan masukkan 3 titik minyak masak.
5. Tuang ½ cawan adunan tadi ke dalam kuali.
6. Taburkan kacang tanah, gula dan krimer jagung pada permukaan atas adunan.
7. Masak selama 10 minit.
8. Angkat dan ulangi langkah 4, 5, 6 dan 7 sehingga habis adunan.