Ayam Masak Kicap

Jom cuba resepi ayam masak kicap yang tersangat mudah.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Ayam Masak Kicap
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 200g ayam yang dipotong kecil
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 5 biji cili padi
• ½ biji bawang Holland
• 3 tangkai daun sup
• 2 sudu besar sos tiram
• 3 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar cili giling
• 6 sudu besar kicap manis
• 1 cawan air
• 1 sudu besar serbuk perasa
• 1 sudu besar gula
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 25 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Hiris bahan-bahan seperti bawang putih, halia, cili padi, bawang Holland dan daun sup.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak dan angkat.
3. Tumis bawang putih dan halia.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, air dan ayam separuh masak tadi.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
6. Masukkan cili padi, bawang Holland, serbuk perasa dan gula.
7. Kacau sehingga masak.
8. Letakkan daun sup sebagai hiasan.