Ayam Phat Phed Thai

Ayam phat phed Thai adalah masakan yang sangat popular di selatan Thailand.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Ayam Phat Phed Thai
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 200g ayam yang dipotong kecil
• 4 ulas bawang putih
• 1 biji bawang Holland
• 2 inci halia
• 1 batang serai
• 2 helai daun limau purut
• 4 biji cili padi
• 1 sudu besar cili giling
• ½ cawan air
• 1 biji lobak merah
• 3 batang kacang panjang
• 3 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil sos ikan
• 1 sudu besar serbuk perasa
• 2 sudu besar gula
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 15 minit
Masa Memasak
• 30 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kisar bahan-bahan seperti bawang putih, ½ biji bawang Holland, halia, serai, daun limau purut, 2 biji cili padi, cili giling dan air sehingga hancur.
2. Goreng ayam sehingga suku masak dan angkat.
3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan ayam suku masak tadi, garam, sos ikan, serbuk perasa dan gula.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga naik minyak.
6. Masukkan lobak merah, ½ biji bawang Holland, 2 biji cili padi dan kacang panjang.
7. Kacau sehingga masak.