Karipap Ayam Dan Kentang

Tidak dinafikan karipap adalah antara makanan yang agak rumit untuk disediakan. Kami cuba tunjukkan cara yang paling ringkas untuk anda mencubanya.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Karipap Ayam Dan Kentang
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
Inti
• 200g isi ayam dicincang
• 6 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 1 bungkus kecil serbuk kari
• 2 cawan air
• 5 biji kentang dipotong dadu
• 2 sudu kecil garam
• 2 susu besar gula
• 1 sudu besar serbuk perasa
• 4 tangkai daun sup
Kulit
• 500g tepung gandum
• 1 sudu besar marjerin
• 1 sudu kecil air kapur
• ½ sudu kecil garam
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 45 minit
Masa Memasak
• 45 minit
Saiz Hidangan
• 6 orang

Cara Penyediaan
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan serbuk kari, isi ayam, kentang, air, garam, gula dan serbuk perasa .
4. Kacau perlahan-lahan sehingga inti masak dengan anggaran masa 20 minit.
5. Masukkan daun sup dan angkat inti yang telah masak.
6. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak, marjerin dan masak selama 10 minit.
7. Masukkan tepung gandum, minyak marjerin tadi, garam, air kosong dan air kapur ke dalam bekas menguli.
8. Uli sehingga bahan-bahan tersebut tidak lekat pada tangan.
9. Ambil sedikit adunan tepung tersebut dan giling sehingga nipis.
10. Letak ke dalam bekas acuan karipap dan masukkan inti tadi.
11. Sapu sedikit air untuk pastikan acuan melekat rapat dan lipat acuan tersebut.
12. Ulang kaedah 9-11 sehingga habis adunan tepung.
13. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
14. Goreng adunan karipap tadi sehingga bertukar warna keemasan.