Kuih Cara Manis

Kuih cara merupakan kuih tradisional popular masyarakat Melayu. Rasa manis yang cair di dalam mulut menjadi igauan sesiapa yang merasainya.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Kuih Cara Manis
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 2 cawan santan
• 2 cawan tepung gandum
• 1 cawan air pandan
• Secubit garam
• 2 biji telur
• ½ sudu perwarna makanan
• 18 sudu besar gula
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 20 minit
Masa Memasak
• 10 minit / acuan
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kisar bahan-bahan seperti santan, tepung gandum, air pandan, garam, telur dan perwarna makanan sehingga halus.
2. Tuang kedalam mangkuk dan rehatkan selama 10 minit.
3. Panaskan bekas acuan kuih cara dan sapu sedikit minyak masak.
4. Tuang bancuhan tadi perlahan-lahan kedalam acuan.
5. Masukkan ½ sudu gula kedalam setiap acuan.
6. Tutup acuan tersebut dan tunggu sehingga masak.
7. Angkat dan cantum kuih cara tersebut.