Roti Jala Kuning Kunyit

Roti jala merupakan hidangan pagi masyarakat Melayu yang sangat popular dan sangat baik untuk kesihatan. Roti jala amat sesuai dimakan bersama-sama kari ayam atau daging.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Roti Jala Kuning Kunyit
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 1 cawan santan cair
• 150g tepung gandum
• 2 cawan air
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 biji telur
• 2 sudu besar minyak masak
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 20 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Kisar bahan-bahan seperti santan, tepung gandum, air, garam, serbuk kunyit, minyak masak dan telur.
2. Kisar bahan-bahan sehingga halus dan sebati.
3. Tapis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan ke dalam acuan roti jala.
5. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak masak.
6. Masukkan adunan tadi dan masak selama 1 minit untuk 1 keping.
7. Gulung roti jala yang telah siap mengikut citarasa.
8. Ulangi langkah 6 & 7 sehingga habis adunan dalam acuan.