Tomyam Ayam Thai

Jom cuba masak tomyam guna pes tomyam adabi. Boleh tahan sedapnya.

Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini.


Resepi: Tomyam Ayam Thai
Oleh: Butterlaici

Bahan-Bahan
• 150g ayam dipotong kecil
• 2 ulas bawang putih
• ½ biji bawang holland
• 1 batang serai
• 4 biji cili padi
• ½ biji tomato
• 1 biji limau nipis
• 1 bungkus pes tomyam adabi
• 1 inci lengkuas
• 2 sudu besar cili giling
• 4 cawan air
• 2 helai daun limau purut
• 3 sudu besar sos ikan
• 2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar susu cair
• Minyak masak
Masa Penyediaan
• 10 minit
Masa Memasak
• 20 minit
Saiz Hidangan
• 4 orang

Cara Penyediaan
1. Hiris bahan-bahan seperti bawang putih, bawang holland, serai, cili padi, tomato, lengkuas dan limau nipis.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
3. Tumis bawang putih, serai, lengkuas, cili giling dan air.
4. Masukkan pes tomyam, ayam, daun limau purut dan sos ikan.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga hampir masak.
6. Masukkan bawang holland, cili padi, air limau nipis, garam, susu cair dan tomato.
7. Biarkan sehingga masak.