Tidak dinafikan karipap adalah antara makanan yang agak rumit untuk disediakan. Kami cuba tunjukkan cara yang paling ringkas untuk anda mencubanya. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Karipap Ayam Dan Kentang Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan Inti • 200g isi ayam dicincang • 6 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 1 bungkus kecil serbuk kari • 2 cawan air • 5 biji kentang dipotong dadu • 2 sudu kecil garam • 2 susu besar gula • 1 sudu besar serbuk perasa • 4 tangkai daun sup Kulit • 500g tepung gandum • 1 sudu besar marjerin • 1 sudu kecil air kapur • ½ sudu kecil garam • Minyak masak Masa Penyediaan • 45 minit Masa Memasak • 45 minit Saiz Hidangan • 6 orang Cara Penyediaan 1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 2. Tumis bawang putih dan bawang besar. 3. Masukkan serbuk kari, isi ayam, kentang, air, garam, ...
Selalunya bila rasa nak makan, kita beli sahaja. Tapi kali ini, apa kata kita buat sendiri sahaja apam balik. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Apam Balik Jagung Dan Kacang Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • ½ cawan gula • 1 biji telur • 1 sudu kecil esen vanilla • ½ cawan susu cair • ½ sudu kecil soda bikarbonat • ½ sudu kecil baking powder • 1 sudu kecil perwarna makanan • 2 cawan tepung gandum • 1 cawan air • 1 sudu kacang tanah hancur • 1 sudu gula • 2 sudu krimer jagung • Minyak masak Masa Penyediaan • 45 minit Masa Memasak • 10 minit / keping Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Kacau bahan-bahan seperti gula, telur, esen vanilla, susu cair, soda bikarbonat, baking powder dan perwarna makanan sehingga sebati. 2. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit berserta air dan kacau sehingga halus. 3. Reha...
Ikan patin sangkar yang rata-rata dipelihara dikawasan sungai Temerloh adalah patin yang sangat berkualiti dari segi rasa dan bau. Tetapi tak semestinya ikan patin yang dipelihara di kolam tidak sedap. Sebaliknya jika kita basuh ikan patin tersebut dengan tepung gandum dan bilas berkali-kali, ianya boleh menghilangkan bau hanyir dan menyedapkan lagi ikan patin. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Kari Ikan Patin Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 2 ekor ikan patin • 50g tepung gandum • 2 inci halia • 6 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 3 biji cili padi merah • 2 tangkai daun kari • 10g herba campur • 1 batang timun • 1 biji tomato • 8 biji bendi • 50g serbuk kari ikan • 100ml santan kelapa • 50ml air asam jawa • 5 sudu kecil garam • 3 sudu kecil gula • 20g serbuk perasa • Minyak masak Masa Penyediaan • 30 minit Masa M...
Sila potong kuku kaki ayam dan kuku kaki anda dahulu sebelum masak. :) Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Kerabu Kaki Ayam Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 100g kaki ayam • 4 cawan air • 3 sudu kecil garam • ½ biji bawang Holland • 1 biji tomato • 4 biji cili padi • 1 batang serai • 4 tangkai daun sup • 2 sudu besar sos ikan • 1 biji limau nipis Masa Penyediaan • 30 minit Masa Memasak • 5 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Rebus kaki ayam berserta garam sehingga empuk. 2. Hiris bahan-bahan seperti bawang holland, tomato, cili padi, serai dan daun sup. 3. Angkat kaki ayam yang telah masak. 4. Campurkan bahan-bahan hiris, sos ikan, limau nipis dan garam bersama-sama kaki ayam. 5. Gaul sehingga sebati.
Dah lama tak makan bubur. Kebetulan beras pulut dan jagung ada sikit lagi. Jadi, saya ambil keputusan untuk buat bubur jagung dan pulut. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Bubur Jagung Dan Pulut Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 2 biji jagung • 2 cawan air • 1 ½ cawan santan • ½ cawan beras pulut • 1 helai daun pandan • ¾ cawan gula Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 40 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Panaskan kuali dan masukkan jagung dan air. 2. Rebus sehingga empuk selama 20 minit. 3. Masukkan santan, beras pulut, daun pandan dan gula. 4. Masak selama 20 minit sehingga pulut masak.
Kebiasaannya, orang akan buat onde-onde pandan. Tetapi pada kali ini saya nak kongsikan resepi onde-onde berasaskan labu. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Onde-Onde Labu Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 200g labu • 100g tepung gandum • 100g tepung pulut • 1 sudu besar air kapur • ½ cawan air • 50g gula melaka • 25g kelapa parut Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 15 minit Saiz Hidangan • 2 orang Cara Penyediaan 1. Rebus labu sehingga lembut. 2. Lenyek labu tersebut sehingga hancur. 3. Masukkan labu ke dalam campuran tepung gandum dan tepung pulut. 4. Masukkan air kosong dan air kapur. 5. Gaul sehingga sebati. 6. Ambil sedikit adunan dan masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil. 7. Gentel sehingga menjadi bentuk bulat. 8. Masukkan air kedalam kuali dan panaskan. 9. Masak adunan onde-onde tadi. 10. ...
Jom cuba masak tomyam guna pes tomyam adabi. Boleh tahan sedapnya. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Tomyam Ayam Thai Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 150g ayam dipotong kecil • 2 ulas bawang putih • ½ biji bawang holland • 1 batang serai • 4 biji cili padi • ½ biji tomato • 1 biji limau nipis • 1 bungkus pes tomyam adabi • 1 inci lengkuas • 2 sudu besar cili giling • 4 cawan air • 2 helai daun limau purut • 3 sudu besar sos ikan • 2 sudu kecil garam • 3 sudu besar susu cair • Minyak masak Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 20 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Hiris bahan-bahan seperti bawang putih, bawang holland, serai, cili padi, tomato, lengkuas dan limau nipis. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 3. Tumis bawang putih, serai, lengkuas, cili giling dan air. 4. Masukkan pes tomya...
Ini antara resepi yang saya selalu sediakan untuk anak-anak. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Puding Roti Karamel Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 4 sudu gula • 5 sudu air • 4 keping roti dipotong dadu • 4 biji telur • 1 ½ cawan susu cair • ½ cawan susu pekat • ½ cawan air • 1 sudu kecil esen vanilla Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 95 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Panaskan loyang dan masukkan gula serta air. 2. Kacau perlahan-lahan selama 10-15 minit sehingga gula dan air mencair sempurna. 3. Pastikan gula betul-betul mencair keperangan. 4. Angkat dan rehatkan selama 5 minit. 5. Kisar telur, roti, susu cair, susu pekat, air, dan esen vanilla sehingga halus. 6. Campurkan bahan-bahan kisar kedalam gula perang tadi. 7. Kukus puding selama 45 minit. 8. ...
Roti jala merupakan hidangan pagi masyarakat Melayu yang sangat popular dan sangat baik untuk kesihatan. Roti jala amat sesuai dimakan bersama-sama kari ayam atau daging. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Roti Jala Kuning Kunyit Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 1 cawan santan cair • 150g tepung gandum • 2 cawan air • 1 sudu kecil garam • 1 sudu kecil serbuk kunyit • 1 biji telur • 2 sudu besar minyak masak Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 20 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Kisar bahan-bahan seperti santan, tepung gandum, air, garam, serbuk kunyit, minyak masak dan telur. 2. Kisar bahan-bahan sehingga halus dan sebati. 3. Tapis bahan-bahan kisar tadi. 4. Masukkan ke dalam acuan roti jala. 5. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak masak. 6. Masukkan adunan tadi dan masak selama 1 minit untuk ...
Orang-orang kampung saya dari Jerteh, Terengganu memanggil kuih ini sebagai kuih cucur. Sesetengah negeri, kuih ini dipanggil dengan nama lain seperti kuih topi atau mungkin juga kuih cucur jawa. Tak kisah lah apa yang orang nak panggil. Berikut merupakan resepi penuh bahan-bahan serta cara penyediaan. Untuk memudahkan lagi proses memasak, sila rujuk video yang telah disediakan di dalam entri ini. Resepi: Kuih Cucur Manis Dan Lembut Oleh: Butterlaici Bahan-Bahan • 150g tepung gandum • 200g tepung beras • 10 sudu besar gula • 3 cawan air • 2 sudu kecil garam • Minyak masak Masa Penyediaan • 10 minit Masa Memasak • 30 minit Saiz Hidangan • 4 orang Cara Penyediaan 1. Masukkan kedalam bekas tepung gandum, tepung beras, gula, garam serta air sedikit demi sedikit. 2. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga cair dan sebati. 3. Rehatkan selama 6 jam. 4. Selepas 6 jam, kacau perlahan-lahan sebelum menggoreng. 5. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 6. Tuang per...